Di kitab Injil (perjanjian lama) nabi dzulkifli
disebut nabi Ezekiel [Ezekiel 1:3]
Anggapan yg mengatakan Sidharta Buddha
Gautama adalah seorang muslim, berikut
argumen-argumennya:
1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang
Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha
Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru
suci bagi umat Buddha tidak lain adalah
Nabi Zulkifli as, yg dalam Al-Quran disebut
sebagai Nabi yg mempunyai tingkat
kesabaran yang tinggi, dan sangat baik.
Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti
“orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl
itu sendiri, masih menurut Kalam Azad,
merupakan nama Arab untuk Kapila
(singkatan dari Kapilavastu).
2. Buddha Maitreya yang dikenal dalam
agama Buddha sebagai “Buddha yang akan
datang” menurut beberapa analisa tidak
lain adalah Nabi Muhammad saw. Dalam
kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III,
76 bisa ditemui: “There will arise in the
world a Buddha named Maitreya (the
benevolent one) a holy one, a supreme
one, an enlightened one, endowed with
wisdom in conduct, auspicious, knowing
the universe“.
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI?
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan
amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri
itu sudah lanjut usia dan ingin
mengundurkan diri daripada menjadi
pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai
anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak
ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara
kamu yang sanggup berpuasa pada waktu
siang dan beribadah pada waktu malam.
Selain itu, sentiasa bersabar ketika
menghadapi urusan, maka akan aku
serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja
itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah antara
kamu yang sanggup berpuasa pada waktu
siang dan beribadah pada malamnya serta
sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang
lantang menyatakan kesanggupannya.
Dengan keberanian dan kesanggupan
Basyar melaksanakan amanah itu beliau
diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar
seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang
sabar dan Kami beri rahmat kepada semua
karena mereka orang yang suka bersabar.”
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA?
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623
S.M.), lahirlah seorang yang bernama
Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/
Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut
Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama
merupakan putera kepada Raja
Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya.
Raja Suddhodana dari keturunan suku
kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan
memerintah Sakyas berdekatan negeri
Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya
pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang
memerintah kaum Koliya di bandar
Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri
bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke
sebuah gunung yang tinggi. Kemudian,
permaisuri melihat seekor gajah putih yang
cantik. Pada belalai gajah itu terdapat
sekuntum bunga teratai. Gajah
mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke
dalam perut permaisuri.
MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha
bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau
‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala
istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’.
Gautama Buddha pernah menceritakan
kedatangan seorang Antim Buddha.
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’
dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang
terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan
ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan
Rasul terakhir). Pada saat kematian
Gautama Buddha, beliau memberitahu
perkara ini kepada pengikut setianya
bernama Ananda.
Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal
dari kata naba yang berarti “dari tempat
yang tinggi”; karena itu orang ‘yang di
tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang
jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim
dengan kata Buddha sebagaimana yang
difahami oleh para penganut Buddha.
Sinonimnya pengertian ini dapat
diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi
petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat
kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal
Buddha atau bakal mencapai Pencerahan)
pada tanggal 623 S.M. pada bulan
purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta
dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat
selepas tujuh hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah
disadari secara ghaib oleh seorang tua
yang sedang bertapa di kaki gunung
Himalaya yang digelar Asita Bijaksana
(nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas
ke istana pada keesokannya untuk melihat
dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama
dan 80 tanda kecil menunjukkan
Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung
dan Guru Agung kepada manusia dan
dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat,
kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah
tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat
yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita menangis karena sedih tidak sempat
mendengar ucapan dan pengajaran
Buddha di masa akan datang, beliau
kemudian berlutut tunduk hormat kepada
bayi Bodhisatta.
Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta
hanya akan menjadi salah satu dari dua
yaitu sekiranya ia kekal membesar dalam
istana dia akan menjadi Maharaja Agung
manakala kalau dia berjaya lari dari istana
maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan
pada hari kelima selepas Boddhisatta
dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang
bijaksana memutuskan nama yang sesuai
untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA
GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-
Cita Terkabul’.
Siddhartha kemudian membesar di istana
dan belajar kepada seorang guru istana
bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar
yang luar biasa pintar dan mahir dengan
ilmu ketenteraan. Yang menjadi keheranan
kepada orang disekeliling dan gurunya
ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap
penganiayaan hingga tidak ada seorang
pun yang beliau lihat menganiaya binatang
kecuali mencegahnya serta merta.
Malah beliau sangat bersedih melihat para
petani berkerja keras membajak tanah
dibawah terik matahari menyebabkannya
lari ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-
Bodhi) dan duduk di sana secara
bertafakur (samadhi) untuk membuang
stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN
SIDDARTHA GAUTAMA
Maka berbalik kepada maudhu’
perbahasan, benarkah Buddha itu disebut
dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada
kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an,
namun menurut Dr. Alexander Berzin
bahawa terdapat catatan para sejarawan
dan peneliti yang mengaitkan beberapa
ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu
pada maksud ayat;
“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun,
dan demi bukit Sinai, dan demi kota
(Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-
rendahnya (neraka), kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal saleh;
maka bagi mereka pahala yang tiada putus-
putusnya. Maka apakah yang menyebabkan
kamu mendustakan (hari) pembalasan
sesudah (adanya keterangan-keterangan)
itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-
adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun
melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus,
Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa
a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula
menunjukkan Islam dan Muhammad SAW.
Manakala pohon Tin (fig) pula
melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha
mencapai Pencerahan Sempurna. Al-
Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat
bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin
yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof.
Hamidullah juga berpendapat sama dengan
al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon
(buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini
menunjukkan Buddha itu sendiri, maka
dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan
Islam meyakini bahawa Buddha telah
diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang
sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam
bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan
Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh
wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha
adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang
berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli
disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan
Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka
termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-
Anbiya’ 21: 85).
“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan
Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk
orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 :
48).
KESIMPULAN
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari
Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran
Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang
mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad
seorang ahli teologi Muslim abad ke-20
turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam
Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s.
adalah antara nabi yang mempunyai cerita
yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini
mungkin menjadi faktor kepada sebahagian
ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam
Al-Qur’an dengan Buddha yang secara
kebetulan banyak persamaan sekiranya
disuaikan.
Yang menarik perhatian saya ialah
mengenai surah at-tin (the fig). Allah
berfirman mengenai pokok/buah tin,
pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota
mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi
Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi
Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan
siapa pula dikaitkan dengan buah atau
pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama
Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut
istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk
bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang
Buddhist, dia dapat ilham masa duduk
bawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman :“Wattiini wazaitun.
watuurisinina wahazal baladil amin.”
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya.
Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa
a.s), Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan
Baladil amin -Tanah yang aman dan
selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw. ia
ikut urutan, hebatnya Qur’an sebagai
kalimat Tuhan susunan sejarah riwayat
Nabi-Nya. Mari kita sama-sama fikirkan.
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Jumat, 24 Mei 2013
Budha dalam perspektif Islam?
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Masya Allah, ternyata semua agama berhubungan dengan islam, betapa mulianya Islam...
BalasHapusKunjungan pertama
Kunjungi
Mylittlegreat.com
Terimakasih atas kunjungannya sahabat
Hapus